PROGRAM SENAMANROBIC DAN 10,000 LANGAKAH DARI KLINIK KESIHATAN SIMEE, IPOH.PERAK

Pada 11/10/2024 (Jumaat) Klinik Kesihatan Simee Bersama Panel Penasihat telah mengadakan Program Senamanrobic dan 10,000 langkah di Taman DR Seenivasagam, Ipoh sempena Hari Sukan Negara. Seramai 35 staf dari Unit OPD,Klinik Ibu dan Anak ,Klinik Dental, Farmasi,X-ray department, Makmal,10 Student dari ILKKM SAS dan 3 ahli Panel Penasihat terlibat di program ini.
Semua peserta diarahkan memakai T-shirt dan Seluar track. Peserta juga diarahkan untuk mengambil sarapan dari rumah. Pada pukul 8.00 pagi, semua peserta berkumpul di lokasi yang dipilih untuk sesi pendaftaran dan Ucapan alu-aluan diberikan oleh Dr.Maslinda FMS KK Simee. Program dimulakan dengan Senamanrobic dan berlangsung selama 45 minit. Setelah selesai senamanrobic, peserta diberikan 20 minit untuk rehat.
Peserta berkumpul di lokasi yang sama untuk memulakan acara seterusnya iaitu 10,000 langkah dimana berjalan kaki sepanjang kawasan taman DR. Setelah selesai, peserta melakukan senaman ringan sebelum mulakan permainan secara berkumpulan. Selepas permainan tamat, peserta diberikan makanan ringan dan diteruskan dengan pemberian hadiah cabutan bertuah kepada 10 peserta terpilih.
Program Hari Sukan Negara tamat pada pukul 11.45 pagi selepas sesi penggambaran Bersama ahli Panel Penasihat.
Event Information
Event Date |
11-10-2024 8:00 am |
Event End Date |
11-10-2024 12:00 pm |
Cut Off Date |
11-10-2024 |
Capacity |
50 |
Registered |
0 |
Available Place |
50 |
Senior Citizens |
2 |
Youth |
10 |
Women |
32 |
Location |
D R Seenivasagam Recreational Park
|
We are no longer accepting registration for this event