AKTIVITI TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI SEMASA BERSUKAN KEPADA PESAKIT KLINIK PERGIGIAN CHENDERONG BALAI SEMPENA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2024

AKTIVITI TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI SEMASA BERSUKAN KEPADA PESAKIT KLINIK PERGIGIAN CHENDERONG BALAI SEMPENA PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2024 LAPORAN TAKLIMAT PENJAGAAN GIGI SEMASA BERSUKAN KEPADA PESAKIT KLINIK PERGIGIAN CHENDERONG BALAI SEMPENA PELAKSANAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2024 Tempat : Klinik Pergigian Chenderong Balai Tarikh : 11 Oktober 2024 Bil peserta : 10 (9 pesakit dan 1 pegawai pergigian)   Klinik Pergigian Chenderong Balai telah mengadakan satu sesi taklimat Penjagaan Gigi Semasa Bersukan kepada pesakit yang mendapat rawatan di Klinik Pergigian Chenderong Balai sempena penyambutan Hari Sukan Negara Tahun 2024 pada 11 Oktober 2024. Tujuan taklimat penjagaan gigi semasa bersukan dijalankan adalah untuk membudayakan penjagaan gigi dan sukan dalam kalangan masyarakat di mukim Chenderong Balai dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran pesakit tentang cara menjaga kesihatan gigi semasa bersukan supaya kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan. Sesi taklimat diberikan oleh Dr Muhammad Haziq Bin Mohamad Sanusi. Peserta yang turut serta mendengar taklimat tersebut termasuk golongan kanak-kanak sekolah rendah, dewasa muda dan orang dewasa. Kuiz tentang penjagaan gigi semasa bersukan juga dijalankan untuk menarik minat pesakit mendengar taklimat tersebut. Cenderahati seperti keychain dan ubat gigi telah diberikan kepada pemenang kuiz sebagai tanda penghargaan kepada peserta. Tayangan video tentang penjagaan gigi semasa bersukan menggunakan televisyen juga dijalankan di ruang menunggu sepanjang tempoh tersebut. 

Event Information

Event Date 11-10-2024 3:00 pm
Event End Date 11-10-2024 4:00 pm
Cut Off Date 11-10-2024 4:00 pm
Capacity 10
Registered 0
Available Place 10
Youth 1
Women 2
Children 4
Location Klinik Pergigian Chenderong Balai

We are no longer accepting registration for this event