
Acara senamrobik ini dimulakan dengan taklimat oleh guru yang bertugas pada jam 7.30 pagi. Seterusnya semua murid berkumpul di Dewan Seri Budi. Tiga orang guru dan 5 orang murid bertindak sebagai Fasilitator atau pembimbing untuk senamrobik. Acara senam robik bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 9.00 pagi. 7 buah lagu digunakan bagi mengiringi semua peserta. Semua peserta diberikan minuman Milo secara percuma selepas tamat senamrobik.