SENAMROBIK

1. Perincian program Nama Program : Senamrobik HSN Tarikh : 11/10/2024 Tempat : Dataran Ilmu SMK Undang Jelebu Masa : 8.00 – 9.00 pagi Pengelola : Unit Sukan SMK Undang Jelebu 2. Pengenalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementeria Belia dan Sukan mengharapkan agar setiap murid mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Rasional Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan melahirkan Negara maju” 4. Objektif 4.1       Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan. 4.2       Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan. 4.3       Memahami konsep kecergasan , prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. 4.4       Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular, kekuatan daya tahan  otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan. 4.5       Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi antara kaum yang sihat di dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan disiplin. 5. Pengelola Unit Sukan SMK Undang Jelebu 6. Peruntukan BSS 7. Penyertaan Lokasi sekolah : Luar Bandar Gred Sekolah : A Jenis Skolah : SMK   Melayu : 397 Cina : 109 India : 15 Orang Asli : 17 Lain-lain : 15 Lelaki : 294 Perempuan :260 8. Kekuatan Semua warga SMK Undang Jelebu melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti senamrobik dijalankan 9. Kelemahan 1. Tidak melibatkan pekerja pembersihan swasta   10. Penambahbaikan 1. Menyebar luas informasi berkenaan program HSN di peringkat sekolah 2. Memperbanyakkan permainan untuk menarik minat warga SMKUJ 11. Gambar  

Event Information

Event Date 11-10-2024
Event End Date 11-10-2024
Capacity 591
Registered 0
Available Place 591
Persons with Disabilities (OKU) 1
Women 260
Location SMK UNDANG JELEBU

We are no longer accepting registration for this event