PROGRAM KECERGASAN HARI SUKAN NEGARA 2024

PROGRAM KECERGASAN HARI SUKAN NEGARA 2024 PROGRAM KECERGASAN KPM PERINGKAT NEGERI/SEKOLAH/DAERAH/ SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2024 1. PERINCIAN PROGRAM NAMA PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA 2024 TARIKH                    : 12.10.2024 TEMPAT                    : DEWAN,DATARAN DAN                                      PADANG SERBAGUNA                                      SMK NILAI IMPIAN MASA :                       7.30 – 12.30 PAGI 2. PENGENALAN         Program Hari Sukan Negara merupakan inisiatif tahunan yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Program ini diadakan serentak di seluruh negara dengan matlamat untuk menggalakkan penyertaan aktif dalam pelbagai aktiviti sukan bagi semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, jantina, atau latar belakang. Sebagai salah satu komponen penting dalam membentuk generasi yang sihat dan aktif, Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian  turut serta menyahut seruan kerajaan dengan menganjurkan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar, guru, dan staf sekolah, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah serta memperkenalkan dan mengekalkan warisan sukan tradisional. Melalui penganjuran program ini, diharapkan para pelajar akan lebih bersemangat untuk menyertai aktiviti sukan secara konsisten, memahami pentingnya amalan gaya hidup sihat, serta membina semangat berpasukan dan persaingan yang positif. Di samping itu, program ini juga memberi peluang kepada guru dan murid-murid untuk bersama-sama melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan, sekaligus menyemai semangat perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.   3. RASIONAL Rasional diadakan Hari Sukan Negara adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat. Antara rasional utamanya termasuk:   1. Meningkatkan Kesedaran Kesihatan: Hari Sukan Negara bertujuan mendidik rakyat mengenai kepentingan senaman dan menjaga kesihatan fizikal bagi mengurangkan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan obesiti.     2. Memupuk Semangat Perpaduan: Aktiviti sukan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, atau agama, dan ini dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia.     3. Membangunkan Budaya Sukan: Ia bertujuan membentuk budaya sukan yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat, mempromosikan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian.     4. Melahirkan Atlet Berpotensi: Melalui pendedahan awal kepada sukan, acara ini juga boleh membantu mencari dan melahirkan bakat sukan yang boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi, seperti sukan kebangsaan atau antarabangsa.     5. Meningkatkan Produktiviti: Badan yang sihat menghasilkan minda yang cerdas, dan ini boleh meningkatkan produktiviti individu di tempat kerja dan kehidupan seharian.       Hari Sukan Negara adalah usaha untuk menanamkan kesedaran jangka panjang tentang kepentingan sukan dalam membina masyarakat yang lebih sihat dan bersatu padu. 4. OBJEKTIF ·  Mengukuhkan hubungan antara warga sekolah termasuk guru, murid, dan ibu bapa melalui aktiviti sukan yang sihat dan menyeronokkan. ·  Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara pelajar dan guru. ·  Menggalakkan penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan rakyat untuk mengekalkan budaya tradisional.   5. PENGELOLA SMK NILAI IMPIAN 6. BILANGAN PEGAWAI TERLIBAT GURU: 45 7. PERUNTUKAN RM 160.00 8. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 1.     BOLA JARING (GURU VS MURID) 2.     BOLA JALANAN (GURU VS MURID) 3.     BADMINTON (GURU VS MURID) 9. HADIAH 6 X HAMPER 10. PEMENANG BOLA JARING 1.     GURU 2.     MURID BADMINTON 1.     MURID 2.     GURU BOLA JALANAN 1.     MURID 2.     GURU 11. SENARAI MURID YANG TERLIBAT LAMPIRAN 12. PENYERTAAN SEKOLAH - NEGERI /KEBANGSAAN JANTINA BANGSA/ETNIK/SUKU LELAKI PEREMPUAN MELAYU CINA INDIA BUMIPUTERA SEMENANJUNG LAIN-LAIN NYATAKAN BUMIPUTRA SABAH BUMIPUTRA SARAWAK           SIAM ORANG ASLI   RUNGUS BUGIS MURUT BAJU KADAZAN -DUSUN MELANAU BIDAYUH TERING IBAN  383 384  692  6  27                    1                     NEGRITI SENOI MELAYUPROTO   SUNGAI SULUK BRUNEI TAGAHAS SAMAH PENAN LUN BAWANG KENYAH KAYAN                                         JENIS SEKOLAH GRED SEKOLAH LOKASI SEKOLAH             SJKC SJKT SMK SK SBP SRA SKM B A PENDALAMAN LUAR BANDAR BANDAR                  /                      /                   13. Kekuatan: Keupayaan pelajar dalam membantu guru untuk menjalankan aktiviti ini terutama tarian zumba Kelemahan:kekurangan guru(tugasan di luar sekolah) untuk mengawal murid-murid ketika aktiviti sedang berlangsung.    Penambahbaikan : membuka lebih banyak pertandingan untuk pelajar               14. Gambar Kejohanan: PERTANDINGAN GURU VS PELAJAR(BOLA JARING)              PERTANDINGAN GURU VS PELAJAR (BOLA JARING)                                                                                                                                                         PERMAINAN TRADISIONAL: CONGKAK                                                       PERMAINAN CATUR                                                      PERMAINAN BATU SEREMBAN                                                         PERMAIANAN BADMINTON PAUTAN LINK :https://docs.google.com/document/d/17DKyKsyx8XqIGXPkH1_N6JKbR-SRdkxF/edit                                                             ZUMBA

Event Information

Event Date 12-10-2024
Event End Date 12-10-2024
Cut Off Date 12-10-2024
Capacity 800
Registered 0
Available Place 800
Youth 636
Women 30
Location SMK NILAI IMPIAN

We are no longer accepting registration for this event