
Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan sekolah. Aktiviti ini melibatkan kesemua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Hari Sukan Negara dikategorikan kepada beberapa kategori dan hadiah diberi berdasarkan kategori. Hari Sukan Negara dijalankan dalam bentuk pertandingan individu dan markah pemenang akan direkod berdasarkan rumah sukan.
MATLAMAT
Matlamat Hari Sukan Negara adalah untuk menyediakan landasan kepada murid – murid supaya menjalani hidup yang cergas dan positif di samping sebagai salah satu aktiviti 1M1S. Murid – murid yang menjalani kehidupan yang cergas dan positif dapat membantu mereka menjadi cerdas di dalam kelas. Ini dapat meningkatkan prestasi akademik mereka dan sekaligus melahirkan murid yang seimbang. Aktiviti bermula seawal jam 7.00 pagi di padang sekolah. Murid-murid berkumpul di padang sekolah untuk urusan berkaitan mengikut rumah sukan masing-masing. Pada jam 7.15 pagi, murid-murid dilibatkan dengan aktiviti senamrobik untuk meregang dan memanaskan badan. Acara senamrobik ini dipimpin oleh ahli Pemimpin Muda Kokurikulum (PMK). Pada pukul 7.30 pagi, En. Chin Chan Xing selaku setiausaha sukan memberi taklimat keselamatan kepada semua murid. Pada pukul 7:45 pagi, aktiviti Hari Sukan Negara sesi pagi iaitu Senamrobik Perdana.
Tepat pukul 8:30 pagi, aktiviti Senamrobik Perdana telah selesai, minuman dan makan dibekalkan kepada semua murid mengikut rumah sukan masing-masing. Murid-murid bergerak ke kelas untuk sesi PdPC sehingga pukul 1 petang.
Pada pukul 2.15 petang, aktiviti Hari Sukan Negara sesi petang berlangsung. Bermula dengan aktiviti guru dan anggota pelaksanaan sekolah dahulu. Selepas aktiviti guru dan anggota pelaksanaan sekolah, semua murid bergerak ke tempat aktiviti mengikut tingkatan masing-masing. Aktiviti-aktiviti Hari Sukan Negara peringkat sekolah tahun 2024 seperti berikut:
Tingkatan 1 Lelaki- Frisbee. Perempuan- Bola Jaring.
Tingkatan 2 Lelaki- Ragbi sentuh. Perempuan- Bola Baling.
Tingkatan 3 Lelaki dan Perempuan- Bola Keranjang.
Tingkatan 4 Lelaki- Bola Sepak. Perempuan- Bola Tampar.
Pada pukul 4:45 petang, Hari Sukan Negara peringkat sekolah Tahun 2024 pun berakhir. Secara keseluruhannya program ini telah bejalan lancar seperti yang dirancangkan dan cuaca adalah baik.