HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK TUANKU ABDUL RAHMAN 2025
.png)
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah adalah sebagai satu sokongan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan, selaras dengan sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kebangsaan yang bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Sukan” (sporting nation) selaras dengan Visi Sukan Negara 2030. Ia juga adalah bertujuan untuk mendidik semua warga sekolah yang terdiri di kalangan semua guru, kakitangan dan murid untuk menjadikan sukan sebagai satu amalan yang sihat dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap. sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian. Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada semua warga SK Tuanku Abdul Rahman.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 8:00 am |
|
Event End Date |
10-10-2025 12:10 pm |
|
Capacity |
383 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
383 |
|
Veterans |
17 |
|
Persons with Disabilities (OKU) |
23 |
|
Women |
31 |
|
Children |
266 |
|
Location |
SK TUANKU ABDUL RAHMAN
|
We are no longer accepting registration for this event