HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SKTZ (2)

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SKTZ (2) HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH 2025 1.0 Tajuk Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2025 2.0 Anjuran Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun 3.0 Tarikh / Masa / Tempat Tarikh                : 10 Oktober 2025 (Khamis)Masa                   : 8.00 pagi – 10:40 pagiTempat              : Padang Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun 4.0 Pengenalan Hari Sukan Negara merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun bagi menyemarakkan semangat bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai menyahut seruan ini, Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun akan menganjurkan Hari Sukan Negara peringkat sekolah bagi melibatkan seluruh warga dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan dan bermanfaat. 5.0 Objektif Program 1. Menyemai semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.3. Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan potensi dalam bidang sukan.4. Mengukuhkan hubungan silaturahim antara murid, guru, dan komuniti sekolah. 6.0 Sasaran Peserta • Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6• Semua guru dan staf sekolah• Murid PPKI dan Pra Sekolah 7.0 Jawatankuasa Pelaksana Penasihat          : Guru Besar, SK Tengku ZainunPengerusi          : Penolong Kanan KokurikulumNaib Pengerusi : Guru Penolong Kanan HEM / Guru Penolong Kanan PentadbiranSetiausaha         : Chandra a/p SinniahPenyelaras        : Huzaimah binti Mohd BaharudinAhli Jawatankuasa : Semua guru rumah sukan, guru penasihat kelab dan unit beruniform.   8.0 Tentatif Program 7.40 pagi            : Bacaan Yassin 8.00 pagi            : Ucapan Guru Besar 8.10 pagi            : Senamrobik 9.00 pagi            : Permainan Dodgeball (Tahap 2)                                 Permainan Sukaneka (Tahap 1) 10:10 pagi         : Rehat Tahap 1 10:40 pagi         : Rehat Tahap 2 (PdPc seperti biasa selepas rehat)   9.0 Penutup Melalui penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah ini, diharapkan seluruh warga sekolah dapat menanam nilai murni seperti kerjasama, semangat kesukanan, dan gaya hidup sihat. Program ini juga diharap dapat memperkukuh hubungan antara guru, murid, dan komuniti setempat ke arah sekolah yang cemerlang. Disediakan oleh: ............................................(CHANDRA SINNIAH)Setiausaha Program

Event Information

Event Date 10-10-2025 8:00 am
Event End Date 10-10-2025 10:40 am
Cut Off Date 10-10-2025
Capacity 520
Registered 0
Available Place 520
Senior Citizens -
Veterans -
Youth -
Persons with Disabilities (OKU) -
Women 11
Children 479
Location SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU ZAINUN

We are no longer accepting registration for this event