HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA 2025

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di padang sekolah. Program ini dilaksanakan sebagai usaha menyokong inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan dalam memupuk budaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik beramai-ramai yang melibatkan semua murid, guru, dan kakitangan sekolah. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru Pendidikan Jasmani dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Suasana ceria dan penuh semangat mewarnai pagi tersebut apabila semua peserta mengikuti setiap gerakan dengan penuh keseronokan. Seterusnya, acara diteruskan dengan perlawanan bola sepak murid lelaki dan perlawanan bola jaring murid perempuan antara kelas. Kedua-dua acara ini berjalan dengan lancar dan dipenuhi semangat kesukanan yang tinggi. Para peserta menunjukkan kemahiran, disiplin, dan semangat kerjasama yang baik sepanjang pertandingan berlangsung. Perlawanan ringkas bola sepak dan bola jaring juga dilaksanakan antara alumni SKSK dan Ibu bapa. Pemenang setiap kategori telah menerima hadiah dan sijil penyertaan sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan. Secara keseluruhannya, penganjuran Hari Sukan Negara 2025 peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah berjaya mencapai objektifnya untuk membudayakan aktiviti fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru, dan seluruh warga sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi yang sihat, aktif dan berdaya saing.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
11-10-2025 12:00 pm |
|
Cut Off Date |
11-10-2025 9:00 am |
|
Capacity |
824 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
824 |
|
Senior Citizens |
20 |
|
Youth |
36 |
|
Women |
112 |
|
Children |
517 |
|
Location |
SK SERI KELANA |
We are no longer accepting registration for this event