HARI SUKAN NEGARA
Laporan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah :
SK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson
Tarikh: 16/10/2024
Lokasi: Dataran Minda dan Padang Sekolah Speedy Rusa
Penganjur: SK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson
Pada 16/10/2024,SK Kampung Baru Si Rusa Port Dickson telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan. Sambutan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesukanan, mempromosikan gaya hidup sihat, dan mengukuhkan hubungan di kalangan pelajar serta guru-guru.
Atur Cara Majlis dimulakan pada jam 7.40 pagi dengan perhimpunan semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah serta ibubapa di Dataran Minda. Acara dimulakan dengan senamrobik bersama warga sekolah dan komuniti.Selepas itu Hari Sukan Negara terus di sambung dengan acara sukaneka tahap 1,Pra serta PPKI manakala tahap 2 di padang sekolah untuk aktiviti Frisbee.Hari Sukan Negara tamat pada sekitar jam 12.00 tengahari.
Aktiviti Senamrobik Acara dimulakan dengan senamrobik beramai-ramai yang diketuai oleh jurulatih daripada Sekolah Menengah Kampung Baru Si Rusa bersama 5 orang pelajar sekolah tersebut. Semua murid, dari Pra,PPKI,Tahap 1dan 2 bersama guru-guru warga sekolah khususnya serta ibubapa yang sempat hadi menyertai aktiviti senamrobik dengan penuh semangat. Gerakan yang dipersembahkan mengandungi pelbagai pergerakan yang mudah diikuti dan bertujuan untuk meningkatkan kecergasan. Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama 1 jam, diiringi muzik yang bertenaga, menjadikan suasana semakin meriah. Sukaneka dan Frisbee Selepas senamrobik, acara diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukaneka. Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan termasuk:
1.Tapak King Kong tahun 1 dan Pra Sekolah
2.Kepit Hidung tahun 2
3.Kain Pelikat Titian Kasih tahun 3 dan PPKI
4.Frisbee tahap 2 Tahun 4-6
5.Muka cantik terbuka untuk warga sekolah dan komuniti
Setiap kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bertanding dalam aktiviti ini. Kemeriahan terasa apabila para pelajar bersorak menyokong rakan sepasukan mereka. Setiap aktiviti dijalankan dalam suasana ceria dan penuh semangat kesukanan, di mana guru-guru bertindak sebagai pengadil untuk memastikan kelancaran acara.
Keputusan dan Penyampaian Hadiah Setelah semua acara sukaneka selesai, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. GPK Kokurikulum menyampaikan hadiah kepada johan keseluruhan bagi acara sukaneka yang diadakan.
Penutup Majlis Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini berakhir dengan jayanya. Semua pelajar, guru, dan kakitangan sekolah serta komuniti berasa gembira dan terhibur sepanjang acara ini berlangsung. Melalui penganjuran aktiviti seperti ini, objektif utama untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan sukan dan kecergasan dalam kalangan pelajar tercapai.
Event Information
Event Date |
16-10-2024 |
Event End Date |
16-10-2024 |
Cut Off Date |
16-10-2024 |
Capacity |
823 |
Registered |
0 |
Available Place |
823 |
Senior Citizens |
80 |
Youth |
5 |
Women |
60 |
Children |
743 |
We are no longer accepting registration for this event