Pada pukul 7.20 pagi, aktiviti senamrobik dijalankan di dewan sekolah. Beberapa kumpulan murid dijemput ke atas pentas untuk memimpin aktiviti ini. Selepas itu, murid mengikut kategori pergi ke ruang ping pong bagi menjalankan pertandingan ping pong. Pada waktu rehat, murid menikmati milo daripada van milo yang datang ke sekolah.