SENAMROBIK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA (HSN)

Sambutan Hari Sukan Negara pada 10-12 Oktober 2025 adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup yang sihat. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita. Aktiviti ini dilaksakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyerai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidpan yang lebih mencabar. Antara objektif program senamrobik ini ialah pertama, menggalakan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah, kedua menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang merapatkan hubungan guru dan murid dan ketiga, menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah. Sekolah kami memilih program senamrobik sempena Hari Sukan Negara (HSN) di mana, kami menjemput En. Saiful Azhar bin Mustapha dari Fitdance Coach & Personal Trainer sebagai instruktor pada program tersebut yang melibatkan 28 orang guru serta 906 pelajar termasuk para pelajar peralihan hingga ke tingkatan 3. Bermula 07:30-08:20 pagi di tepi padang sekolah.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
10-10-2025 8:20 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Youth |
28 |
|
Women |
23 |
|
Children |
906 |
|
Location |
SMK TINGGI ST. DAVID
|
We are no longer accepting registration for this event