
PROGRAM SUKANEKA PERINGKAT SEKOLAH TARIKH: 10 OKTOBER 2025 TEMPAT: TADIKA JAIM TAMAN SRI SIANTAN, DURIAN TUNGGAL, MELAKA. Program Sukaneka Peringkat Sekolah telah dianjurkan oleh Tadika Jaim Taman Sri Siantan bagi memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa. Seramai 110 orang murid, 8 orang guru dan 6 orang wakil dari PIBG Tadika Jaim Taman Sri Siantan telah turut menjayakan program ini. Antara acara yang menarik ialah kutip telur, aiskrim gergasi, lari baton, belon berair, lerek bola, lari berhalangan, pundi pasir dan masuk gelung. Program berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan, serta berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua warga tadika.