
Program sukan dijalankan di padang berhadapan dengan tadika. Aktiviti melibatkan 7 orang guru dan 71 murid. Aktiviti dimulakan dengan pemanasan badan dan senamrobik ringkas yang diketuai oleh guru bertugas mingguan iaitu Cikgu Maziah Binti Marzuki. Kemudian murid di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu merah, biru dan hijau. Murid melakukan aktiviti lari berhalangan bagi murid 6 tahun dan aktiviti lari bawa belon bagi murid 5 tahun.