NATIONAL JUNIOR TOUCH CHAMPIONSHIP U12 GIRLS 2024 (3RD EDITION)

National Junior Touch Championship U12 Girls 2024 (3rd Edition)
Sempena Hari Sukan Negara merupakan satu inisiatif memberi pendedahan awal kepada peserta format sukan permainan touch. Kejohanan ini merupakan satu inisiatif bagi memberi peluang kepada pemain untuk meningkatkan potensi diri dalam acara sukan ragbi ke peringkat yang lebih tinggi.
Matlamat Program
Untuk menyemai minat dan memupuk bakat dalam kalangan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan touch bermula dari peringkat akar umbi. Selain itu, ianya akan memberi peluang kepada semua pemain menunjukkan bakat dan kebolehan dalam perlawanan di samping memupuk minat peserta mewakili daerah dan negeri.
Objektif Program
Mempromosikan SK Bukit Rambai Stingrays kepada pasukan yang menyertai kejohanan ini.
Memberi pengalaman perlawanan kepada semua pemain dan sekolah yang bertanding.
Memberi peluang kepada pemain untuk bersama guru dan PIBG bagi menjayakan program sekolah di peringkat yang lebih tinggi.
Memberi peluang individu dan syarikat bekerjasama menjayakan program sekolah.
Meningkatkan semangat bersukan, motivasi dan moral pemain semasa perlawanan berlangsung.
Merapatkan hubungan antara pemain dari pelbagai sekolah dan negeri.
We are no longer accepting registration for this event