Jom Sihat : Senamrobik

Jom Sihat : Senamrobik Pengenalan Hari Sukan Negara merupakan hari yang telah diwartakan oleh negara sebagai satu hari di mana semua rakyat digalakkan untuk melibatkan diri dalam apa-apa jenis sukan. Seluruh negara termasuk SK Kemuning ingin meraikan hari tersebut dengan mengadakan aktiviti kecergasan yang melibatkan seluruh warga SK Kemuning. Ia menjadi satu aktiviti sekolah ke arah melahirkan murid yang mengamalkan gaya hidup sihat. Rasional Program senamrobik dipilih sebagai aktiviti SK Kemuning sempena Hari Sukan Negara. Ia merupakan aktiviti yang dapat menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktiviti fizikal yang boleh membawa ke arah gaya hidup sihat. Aktiviti ini juga dapat melibatkan semua orang tidak kira apa status keupayaan sekali pun. Ia boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing. Objektif 1. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif. 2. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum. 3. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kecemerlangan murid. Pengelola Unit Ko Kurikulum SK Kemuning Bilangan pegawai terlibat Murid : 64 orang Guru : 10 orang Staf : 6 orang Aktiviti Senamrobik beramai-ramai Peringkat Sekolah

Event Information

Event Date 11-10-2024 7:40 am
Event End Date 11-10-2024 8:40 am
Cut Off Date 11-10-2024 8:00 am
Capacity 100
Registered 0
Available Place 100
Veterans 6
Women 10
Children 64
Location SK KEMUNING

We are no longer accepting registration for this event