HARI SUKAN NEGARA SK MALIM 2024

HARI SUKAN NEGARA SK MALIM 2024 Dikemukakan oleh:   Sekolah Kebangsaan Malim, Kilometer 6, Jalan Malim, 75250 Malim, Melaka.   Tujuan:   Kertas kerja cadangan ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran dan kelulusan dalam bentuk  kewangan bagi membolehkan Unit Kokurikulum mengelolakan Hari Sukan Negara ini.   Latar Belakang:   Hari Sukan Negara merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menyediakan ruang dan peluang untuk atlet-atlet keperingkat akar umbi, khususnya murid-murid sekolah melibatkan diri dalam sukan. Menerusi kejohanan seumpama ini, murid-murid dapat menimba pengalaman untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka dalam suasana pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.     Rasional:   1.     Menghimpunkan murid sekolah dan guru untuk bersama-sama menjalankan aktiviti riadah yang bermakna. 2.     Memberi ruang kepada semua warga sekolah bersama-sama melakukan aktiviti riadah secara maksimun pada hari tersebut. 3.     Menanamkan amalan penjagaan kesihatan diri di kalangan warga sekolah.   ACARA HARI SUKAN NEGARA   1. SENAM ROBIK 2. SUKANEKA TAHAP 1 (MENGIKUT KELAS) 3. PERLAWANAN SEPAKAN PENALTI ANTARA KELAS MENGIKUT TAHAP (L) 4. PERLAWANAN BALINGAN BOLA JARING ANTARA KELAS MENGIKUT TAHAP (P)

Event Information

Event Date 12-10-2024 8:00 am
Event End Date 12-10-2024 11:00 am
Cut Off Date 12-10-2024 8:00 am
Capacity 902
Registered 0
Available Place 902
Women 39
Children 843
Location SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM MELAKA

We are no longer accepting registration for this event