.jpg)
1.0 PENGENALAN
Hari Sukan Negara (HSN) merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memupuk gaya hidup aktif dan sihat di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah platform untuk seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, umur, atau kemampuan, untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan. HSN 2024 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya sukan dalam kehidupan seharian dan menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk terlibat.
2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan dan kecergasan dalam
Kehidupan harian.
2.2 Memupuk budaya gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan.
2.3 Menggalakkan perpaduan dan kerjasama antara komuniti melalui sukan.
2.4 Menyokong usaha kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
sukan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menarik penyertaan seramai mungkin rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dan
latar belakang.
3.2 Menyediakan platform untuk semua orang terlibat dalam pelbagai jenis sukan dan
aktiviti fizikal.
3.3 Menggalakkan penyertaan keluarga dalam aktiviti sukan sebagai cara untuk
merapatkan hubungan kekeluargaan.
3.4 Menyediakan peluang untuk organisasi awam dan swasta bekerjasama dalam penganjuran
acara sukan.
4.0 PENGELOLAAN
SMK Kampung Gelam
5.0 BUTIRAN PROGRAM
5.1 Tarikh : 12 Oktober 2024
5.2 Masa : 7.40 pagi hingga 10.20 pagi
5.3 Tempat : Sekitar kawan SMK Kampung Gelam
5.4 Penganjur : SMK Kampung Gelam
5.5 Sasaran Penyertaan : Semua warga SMK Kampung Gelam
6.0 TENTATIF PROGRAM
7:40 pagi - 8:00 pagi : Pendaftaran peserta
8:00 pagi - 8:30 pagi : Perasmian Hari Sukan Negara oleh pengetua
8:30 pagi - 9:30 pagi : Senamrobik beramai-ramai
10:00 pagi - 12:00 tengahari : Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling
Sukaneka mengikut tingkatan
12:00 tengah hari - 1:00 petang : Penyampaian hadiah dan penutup