
PENGENALAN
Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Simpang Empat telah menyertai sambutan Hari Sukan Negara dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan permainan. Tujuan utama acara ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah
PELAKSANAAN PROGRAM
Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh murid, guru, dan ibu bapa. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan serta memberi tenaga kepada para peserta sebelum memulakan permainan sukan. Permainan yang diadakan iaitu senam robik, soopa doopa, cup stacking dan nerf. Setiap pertandingan dijalankan dengan semangat kesukanan yang tinggi, dan para murid menunjukkan semangat kerjasama serta bersaing secara sihat.
PENYERTAAN
Aktiviti tersebut telah disertai murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6,Prasekolah dan Pendidikan Khas. Guru-guru bertindak sebagai pengadil dan pengawas pertandingan, manakala ibu bapa turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka. Selain itu, terdapat juga penyertaan daripada komuniti setempat yang memeriahkan suasana.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara peringkat sekolah ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sambutan dan kerjasama daripada semua pihak amat memberangsangkan. Program ini bukan sahaja mencungkil bakat murid dalam bidang sukan, tetapi juga menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
Semua aktiviti Sukan Negara peringkat sekolah SK SIMPANG EMPAT, ALOR GAJAH yang telah dilaksanakan dengan jayanya secara aman dan berdisiplin. Pengurusan murid adalah teratur dan semua guru yang terlibat di dalam aktiviti Hari Sukan Negara telah menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab.