
Pada Hari Sukan Negara di peringkat sekolah dua aktiviti telah diadakan iaitu senamrobik bagi semua warga SJK(T) Ladang Serkam dan permainan tradisional (kabadi). Pada jam 8.00 pagi semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah. Murid diambil kehadiran terlebih dahulu. Pada jam 8.10 pagi, senamrobik dimulakan yang diketuai oleh para pelajar tahun 6. Pada pukul 8.40 pagi acara senamrobik tamat . Seterusnya, murid-murid mengambil bahagian dalam permainan tradisional iaitu kabadi. Pada pukul 10.00 pagi semua peserta berehat sambil menikmati jus yang disediakan. Selepas waktu rehat PdPc telah diteruskan.