SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH SK TOK SANGKUT

Pada hari Ahad, 13 Oktober 2024 telah berlansung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah SK Tok Sangkut. Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi. Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik perdana yang disertai semua warga sekolah termasuklah para pekerja swasta dan juga kantin. Kemudian disusuli dengan aktiviti sukaneka untuk murid-murid prasekolah, PPKI dan juga tahap 1. Manakala murid tahap 2 pula terlibat dengan acara lari berganti-ganti. Kesemua acara sukan yang dijalankan pada hari ini adalah sebagai SUKANTARA bagi mengumpul mata untuk KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TOK SANGKUT yang akan berlansung pada 16 dan 17 Oktober nanti. Melalui program ini murid dapat berlatih dan meningkatkan stamina mereka bagi menghadapi acara yang sebenar pada kejohanan sukan nanti. Program ini turut dihadiri oleh pegawai PPD iaitu En Mat Ahli Sufi B Awang Mat.
Event Information
Event Date |
13-10-2024 8:00 am |
Event End Date |
13-10-2024 11:00 am |
Cut Off Date |
13-10-2024 12:00 pm |
Capacity |
700 |
Registered |
0 |
Available Place |
700 |
Senior Citizens |
10 |
Youth |
36 |
Persons with Disabilities (OKU) |
15 |
Women |
44 |
Children |
400 |
Location |
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK SANGKUT
|
We are no longer accepting registration for this event