Karnival Hari Sukan Negara 2024

Pada 16 Oktober 2024, SMK Manek Urai Kuala Krai telah menyambut Hari Sukan Negara 2024 bertempat di Padang Semakmur. HSN 2024 ini disertai oleh pelajar SMK Manek Urai seramai 500 orang dan juga melibatkan 50 orang guru dan staf. Pelbagai aktiviti kokurikulum iaitu sukan dan permainan telah dilaksanakan sepanjang hampir 5 jam karnival ini berlangsung. Aktiviti dimulai dengan sesi pemanasan badan di padang sekolah sebelum para pelajar ke lokasi pertandingan yang bakal dijalankan. Sukan yang dipertandingkan sempena HSN 2024 peringkat SMK Manek Urai ialah petanque, bola jaring, sepakan penalti, sepak takraw dan aktiviti permainan yang tular di aplikasi Tiktok sebagai acara sampingan. Tepat jam 12 tengahari, maka berakhirnya Hari Sukan Negara 2024 peringkat SMK Manek Urai.
Event Information
Event Date |
16-10-2024 7:40 am |
Event End Date |
16-10-2024 12:00 pm |
Capacity |
550 |
Registered |
0 |
Available Place |
550 |
Location |
SMK MANEK URAI
|
We are no longer accepting registration for this event