
SK Bandar Kuala Krai telah menganjurkan Hari Sukan Negara SEDAR. Aktiviti ini diadakan pada 13 Oktober 2025 bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 10.15 pagi. Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah yang terdiri daripada murid-murid, guru-guru dan akp-akp. Aktiviti ini dimulakan dengan senamrobik. Selepas itu, murid-murid dibahagikan kepada 2 kategori iaitu aktiviti sukaneka untuk murid pra sekolah dan tahap 1. Manakala murid Tahap 2 pula bermain permainan lontar peluru dan lompat jauh. Aktiviti ini dapat memupuk kepada murid kepada sukan dan amalan gaya hidup sihat. Selain itu, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama warga sekolah.