
Rasional
· Mewujudkan budaya sukan:
Menggalakkan dan membudayakan sukan dalam kehidupan rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan dan kecergasan fizikal.
· Menggalakkan gaya hidup sihat:
Memastikan aktiviti sukan dan kecergasan menjadi rutin harian untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan mengatasi masalah obesiti serta penyakit kronik.
· Memupuk perpaduan:
Membangkitkan dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum melalui aktiviti sukan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih cergas dan aktif.
· Memperkasa industri sukan:
Meningkatkan dan merangsang pembangunan ekonomi negara melalui penglibatan aktif dalam industri sukan.
· Mengiktiraf penggiat sukan:
Memberikan pengiktirafan kepada individu yang terlibat dalam membangunkan dan menganjurkan aktiviti sukan di peringkat akar umbi.
· Menggalakkan penglibatan menyeluruh:
Meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam pelbagai jenis aktiviti sukan, kecergasan, dan rekreasi.