
Hari Sukan Negara peringkat sekolah telah diadakan pada 12 Oktober 2025 yang melibatkan semua pelajar dan guru SMK Bukit Jawa. Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi pelajar dan warga sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intektual. Selain itu, program ini juga diadakan bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan. Program ini bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.