
aktivti ke 2 Sekolah Kebangsaan To'Bali adakan ialah Fun Run bersama -sama . Fun Run ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kebersamaan dan kemenjadian murid dalam berpasukan, Kesoronokan jelas terpancar di mata murid-murid kerana semangat bersukan dan berdaya saing dalam satu team .Ojektif tercapai apabila semangat kesukanan dapat di terapkan dalam minda murid-murid SK To'Bali . Fun Run di sertai seramai 616 orang murid dan 58 guru bersama staff sekolah.
Pihak sekolah merasa bangga kerana dengan adanya kedua-dua aktivti dapat disemai dan di benihkan dalam jiwa dan murid ke arah melahirkan anak didik berdaya saing dan sihat serta bersemangat kesukanan yang mendalam dan baik .Semoga program dan aktivti sebegini dapat di teruskan untuk kemajuan bersama.