
Sempena Hari Sukan Negara pada 13 Oktober 2024, aktiviti berjalan laju telah diadakan di Dataran Mega SK Gua Musang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar dan warga sekolah menjalani gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan. Dengan melibatkan semua warga sekolah, aktiviti ini tidak hanya meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi juga memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara guru dan murid.