
Sambutan Hari Sukan Negara pada setiap hari sabtu minggu kedua Oktober adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup dan juga bersukan dengan mengamalkan gaya hidup norma baharu.
2.0 MATLAMAT
Aktiviti ini dijalankan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah
3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti - aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid
3.3 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekola
4.0 ANJURAN
4.1 Unit Kokurikulum SK Pengkalan Chepa
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 Semua murid SK Pengkalan Chepa
5.2 Guru-guru, guru Kafa dan kakitangan sokongan
5.3 Ahli jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)