
SJKC Bukit Beruang telah melaksanakan Program Kecergasan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Hari Sukan Negara 2024. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan warga sekolah melalui aktiviti sukan dan senamrobik, selaras dengan usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.