SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SK PEKAN RABU 2024/2025

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RABU TAHUN 2024/2025
1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Sukan Negara pada bulan Oktober adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita.
2.0 MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah
obesiti dalam kalangan warga sekolah.
4.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum dan panitia PJK SK Pekan Rabu
5.0 TARIKH DAN TEMPAT
5.1 Tarikh : 11 Oktober 2024
5.2 Tempat : SK Pekan Rabu
6.0 SASARAN
6.1 Semua murid – 233 orang
6.2 Guru – 21 orang
6.3 Pekerja – 6 orang
7.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
7.20 pagi
Murid, guru dan staf berkumpul di Dewan
Bacaan yasin
7.45 pagi
Pendaftaran peserta
8.00 pagi
Fun – walk ( brisk walk)
8.30 pagi
Senamrobik 1Malaysia
10.00 pagi
REHAT
10.15 pagi
Aktiviti Mewarna Hari Sukan Negara Tahap 1
Aktiviti Melukis Poster Hari Sukan Negara Tahap 2
11.30 pagi
Majlis Penutupan
12.05 tengahari
Bersurai
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Pn. Rus Anita binti Mohd Yunus
Penasihat 1 : En. Mohd Husni bin Azmi
Penasihat 2 : Tn. Hj Azmi bin Shaffii
Penasihat 3 : Cik Azima binti Abdul Aziz
Setiausaha : En. Norazhar bin Yusoff
Pendaftaran
1. Guru Kelas
Minuman Rakyat
1. Pn. Musalmah binti Mohd Salleh
2. Pn. Nor Rasimah binti Mohd Noor
3. Pekerja Swasta
Kawalan Murid ( BRISK WALK)
1. Guru Kelas
2. Pembantu Guru Kelas
Senamrobik
1. Pn. Noraziyah binti Ibrahim
2. Cik Logatharshini a/p Muniandy
3. Murid – murid terpilih
Disiplin Murid
1. En. Shariffudin bin Huri
2. Semua guru
Checkpoint
1. En. Mohammad Saffari bin Abdul Kadir
2. Ust Ahmad Sharhan bin Othman
3. En. Mohd Husni bin Azmi
Runner
1. Ust Mohd Shukri bin Abu Samah
2. Tn. Hj. Azmi bin Shaffii
3. Pekerja Swasta
Pelepas
1. Pn. Rus Anita binti Mohd Yunus
2. Penolong-penolong Kanan
Fotografi
1. Cik Nurul Atiqah binti Nor Azry
Pelaporan
1. En Norazhar bin Yusoff
2. Pn. Siti Fatimah binti Karnain
Siaraya
1. Ust Nazrullah bin Abdullah
9.0 PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
PERINCIAN
BAYARAN
(RM)
1.
Minuman
100.00
2.
Gelas plastik
20.00
3
Jemputan instruktor senamrobik/ jurulatih
200.00
4
Bahan / kertas mewarna
30.00
JUMLAH
350.00
10.0 SUMBER KEWANGAN
10.1 Kokurikulum = RM350.00
11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK Pekan Rabu
Sekian, terima kasih.
Event Information
Event Date |
11-10-2024 8:00 am |
Event End Date |
11-10-2024 10:00 am |
Cut Off Date |
11-10-2024 10:00 am |
Capacity |
230 |
Registered |
0 |
Available Place |
230 |
Senior Citizens |
30 |
Veterans |
10 |
Women |
170 |
Children |
200 |
Location |
SK PEKAN RABU
|
We are no longer accepting registration for this event