Laporan Hari Sukan Negara

SJK(C) Sin Hwa telah mengadakan pertandingan Ping Pong 1M1S bersempena dengan Hari Sukan Negara. Semua murid iaitu seramai 21 murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sebelum ini, para murid akan menjalankan latihan setiap selang seminggu. Justeru, pertandingan Ping Pong 1M1S ini juga merupakan medium untuk meninjau keberkesanan latihan Ping Pong yang dijalankan sepanjang masa ini. Program pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar kerana para peserta sentiasa berdisiplin dan memberi kerjasama yang baik sepanjang pertandingan dijalankan. Para peserta juga berpandang serius terhadap pertandingan ini dan bertungkus lumus untuk mengutip setiap mata sehingga ke akhir pertandingan. Atas kerjasama ramai, pertandingan ini dapat berakhir tepat dengan masa seperti yang dijangka.
Event Information
Event Date |
09-10-2024 |
Event End Date |
09-10-2024 |
Capacity |
21 |
Registered |
0 |
Available Place |
21 |
Children |
21 |
Location |
SJK(C) SIN HWA PARIT SANGIT
|
We are no longer accepting registration for this event