Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2024

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan” (Sporting Nation). Bagi tujuan merealisasikan program ini, Unit Sukan Sedesa 2 telah memilih program Karnival Sukan Permainan dan Ko Akademik. Hari Sukan Negara Peringkat sekolah diadakan pada 12 Oktober 2024 bersamaan hari Sabtu. Masa karnival HSN adalah bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 01.00 petang. Objektif utama HSN peringkat sekolah adalah bagi menggalakkan murid menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Selain itu, membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan murid dan masyarakat Malaysia. Ia juga dapat menerapkan budaya sukan di kalangan murid. · Hari Sukan Negara juga dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan murid dan mendedakan murid kepada pembangunan ekonomi Negara melalui pembangunan industri sukan. HSN juga boleh meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan murid. Selain itu, ia dapat mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi. Bak kata pepatah "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya".
Event Information
Event Date |
12-10-2024 |
Event End Date |
12-10-2024 |
Cut Off Date |
12-10-2024 |
Capacity |
1755 |
Registered |
0 |
Available Place |
1755 |
Veterans |
119 |
Women |
798 |
Children |
1626 |
Location |
SEK KEB TAMAN DESA 2
|
We are no longer accepting registration for this event