
Secara keseluruhannya, sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan. Program ini berjaya menarik penyertaan aktif daripada murid-murid, guru-guru yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Melalui pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan, murid-murid berpeluang meningkatkan kecergasan fizikal dan mengeratkan hubungan sesama rakan serta guru. Selain itu, program ini turut berjaya memupuk nilai-nilai murni seperti disiplin, kerjasama, dan keazaman dalam diri murid. Adalah diharapkan agar sambutan ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus menyemarakkan budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.