Pelaporan Hari Sukan Negara SK Long Makabar
Sebelum acara Hari Sukan Negara peringkat sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi, seluruh warga SK Long Makabar dan ibu bapa murid dikehendaki berkumpul di gelanggang bola tampar sekolah sebagai persediaan aktiviti yang pertama. Semua peserta yang terlibat diberi taklimat ringkas oleh Encik Dyyien Aben selaku penyelaras program Hari Sukan Negara. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ucapan daripada Cik Christina selaku pengacara majlis. Dalam ucapan, beliau menyatakan akan objektif program dan kepentingan bersukan terhadap tahap kesihatan. Acara diteruskan lagi dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Cik Priscilla. Semua guru, barisan APK, ibu bapa dan murid terlibat sama dalam menjalankan senamrobik itu. Setelah selesai sesi senamrobik, acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka kategori kanak-kanak iaitu lontar bola dalam kotak untuk kategori lelaki dan perempuan, bowling bola untuk kategori lelaki dan perempuan, bola sepak mini (3 lawan 3) untuk kategori lelaki dan perempuan dan tarik tali juga kategori lelaki dan perempuan. Murid yang terlibat dalam mengambil acara sukaneka ialah murid prasekolah sehingga murid Tahun 6. Selesai acara sukaneka kategori kanak-kanak, semua peserta diberi mas untuk rehat selama1 jam 30 minit. Kemudian, acara diteruskan lagi dengan pertandingan bola tampar campuran kategori dewasa. Point yang diberikan ialah 15, 15, dan 15. Sebanyak empat kumpulan dewasa campuran yang bertandingan merebut gelaran johan, naib johan dan tempat ketiga. Acara yang terkhir ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semua acara telah dijayakan dengan sempurna dan acara tamat pada pukul 2.30 petang.
Event Information
Event Date |
12-10-2024 7:30 am |
Event End Date |
12-10-2024 2:30 pm |
Cut Off Date |
12-10-2024 |
Capacity |
2 |
Registered |
0 |
Available Place |
2 |
Senior Citizens |
10 |
Veterans |
10 |
Youth |
20 |
Persons with Disabilities (OKU) |
1 |
Women |
20 |
Children |
35 |
Location |
SK LONG MAKABAR, BARAM
|
We are no longer accepting registration for this event