Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian tuan/puan menyertai HSN SK Tundun Bohangin pada tahun ini. Untuk Makluman tuan/puan, Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang disambut secara tahunan pada hari sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif Objektif HSN adalah memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi, Meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi seterusnya mempergiatkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat, memperkukuhkan semangat ukhuwah dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi dan menyuntik sinergi pembangunan ekonomi menerusi pemerkasaan sektor industri sukan dan rekreasi. Dengan slogan #CergasBersama #HSN #SKTUNDUNBOHANGIN2024
Event Date | 12-10-2024 7:00 am |
Event End Date | 12-10-2024 6:00 pm |
Cut Off Date | 12-10-2024 12:00 pm |
Capacity | 5000 |
Registered | 1 |
Available Place | 4999 |
Location | SK TUNDUN BOHANGIN, KINABATANGAN |