KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN SMK TANSAU PENAMPANG TAHUN 2025

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Tambahan lagi, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui sukan. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “minda yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Karnival 1 Murid 1 Sukan SMK Tansau pada tahun ini akan diadakan pada bulan Oktober, iaitu bersempena dengan Hari Sukan Negara yang jatuh pada 13 Oktober 2025. Karnival 1M1S pada kali ini melibatkan semua murid tingkatan satu dan tingkatan dua bagi pertandingan bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw 3 sebelah dan petanque. Melalui acara, bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 2:00 pm |
|
Event End Date |
10-10-2025 5:30 pm |
|
Capacity |
1185 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1185 |
|
Location |
SMK TANSAU PENAMPANG
|
We are no longer accepting registration for this event