
Hari Sukan Negara SJKC Sen Ming telah diadakan pada 10 Oktober 2025, dari pukul 7.20 pagi hingga 9.50 pagi. Seramai 72 murid termasuk pra sekolah dan 12 orang guru terlibat dalam aktiviti sukan hari tersebut. Aktiviti utama yang dijalankan ialah senamrobik, bola tampar, dan bola sepak street soccer. Tujuan hari sukan ini adalah untuk menggalakkan budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan guru serta memupuk masyarakat yang lebih sihat, aktif, dan bersatu padu.