
Hari Sukan Negara
Sempena Hari Sukan Negara tahun 2025, SK Kaiduan telah mengadakan dua aktiviti. Bermula pukul 8 pagi, warga sekolah dan ibubapa telah berkumpul diperkarangan sekolah bersedia untuk memulakan aktiviti Hari Sukan Negara yang telah diatur.
Pukul 8.30 pagi semua peserta telah bergerak berjalan kaki beramai-ramai menuju Kaiduan Luluba Eco Tourism. Brisk Walk ini turut disertai ibubapa. Perjalanan ke destinasi lebih kurang 1KM jaraknya.
Di gelanggang bola tampar Kaiduan Luluba Eco Tourism pula diadakan perlawanan bola tampar antara ibubapa dan warga sekolah.
Hari Sukan Negara kali ini berlangsung sederhana tapi meriah dan pastinya memahat kenangan manis buat semua.