PROGRAM KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2025

Majlis dimulakan pada 7:30 pagi dengan bacaan doa, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak, serta ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Pn Nurul Ashikin bt Zuhri, Penolong Kanan Kokurikulum.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, guru-guru praktikum SK Tarcisian Convent mempersembahkan senamrobik sebelum pertandingan mengikut Tahun 4, 5 dan 6 dijalankan. Pemenang dipilih mengikut kelas bagi setiap tahun, dan semua murid menerima hadiah semasa majlis penutup pada jam 9:00 pagi. Program Hari Sukan Negara berakhir pada jam 9:30 pagi, selepas itu murid kembali ke kelas untuk PdPc selepas waktu rehat.
Bagi sambutan untuk sesi persekolahan petang pula, program bermula pada pukul 4 petang. Program diadakan di dalam dewan sepenuhnya kerana faktor cuaca yang hujan. Tentatif program dijalankan seperti biasa. Senamrobik dibimbing oleh guru praktikal manakala acara sukaneka tetap dijalankan seperti yang dirancang. Sesi penyampaian hadiah dijalankan selepas itu. Program tamat pada pukul 6 petang.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
10-10-2025 6:00 pm |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Women |
40 |
|
Children |
810 |
We are no longer accepting registration for this event