Program Hari Sukan Negara SMJKPL

Hari Sukan Negara SMJK Poi Lam 2025
SMJK Poi Lam telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2025 dengan penuh semangat dan meriah pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Tapak Perhimpunan, Laman Koperasi dan Padang SMJK Poi Lam, Ipoh. Program yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat, menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal, serta meningkatkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah:
Pertandingan Badminton Berpasukan
Pertandingan Bola Jaring
Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah
Pertandingan Ping Pong Berpasukan
Kesemua aktiviti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar, guru dan staf sokongan. Suasana meriah dengan sorakan penyokong serta semangat kesukanan yang tinggi menjadikan Hari Sukan Negara kali ini lebih bermakna.
Penganjuran Hari Sukan Negara ini bukan sahaja menyerlahkan komitmen SMJK Poi Lam terhadap gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh hubungan antara warga sekolah serta menyemai nilai kerjasama, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.
Event Information
|
Event Date |
11-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
11-10-2025 12:00 pm |
|
Cut Off Date |
10-10-2025 12:00 pm |
|
Capacity |
1664 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
1664 |
|
Location |
SMJK Poi Lam Ipoh
|
We are no longer accepting registration for this event