PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

Program Hari Sukan Negara dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Melalui pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang dijalankan, program ini turut bertujuan membentuk sahsiah positif, semangat berpasukan serta disiplin diri dalam kalangan peserta. Penganjuran program ini juga menjadi wadah untuk mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara murid dengan guru. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini diharap dapat menanam kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian serta melahirkan generasi yang sihat, aktif dan berdaya saing.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
10-10-2025 8:30 am |
|
Capacity |
Unlimited |
|
Registered |
0 |
|
Location |
SJKC KUALA RUI
|
We are no longer accepting registration for this event