HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH (SJKC UK DIH - AKTIVITI MERENTAS DESA)

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH (SJKC UK DIH - AKTIVITI MERENTAS DESA) Pada 11 Oktober 2025, sekolah saya, iaitu SJK(C) UK DIH telah mengadakan aktiviti merentas desa sempena Hari Sukan Negara. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan murid. Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7:25 pagi. Murid-murid memakai pakaian sukan sekolah seperti yang telah dimaklumkan oleh guru. Mereka memasang telinga semasa mendengar taklimat daripada Penolong Kanan Kokurikulum, iaitu Puan Koo Shi Lee. Beliau menjelaskan perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu laluan larian dan keselamatan. Murid-murid diingatkan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang larian tersebut. Selepas taklimat, murid-murid melakukan aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan. Pada pukul 8:00 pagi, aktiviti merentas desa pun bermula. Semua murid berkumpul di belakang pintu pagar sekolah. Guru Besar SJK(C) Uk Dih, iaitu Pn. Fong Yin Leng menekan hon untuk melepaskan murid-murid. Sesetengah murid berlari dengan pantas. Bagi murid yang tidak berlari dengan pantas, mereka berjoging atau berjalan sambil berbual-bual dengan rakan mereka. Perkara ini menunjukkan murid-murid mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. Selepas 1 jam 15 minit, semua murid berjaya sampai di destinasi. Mereka minum air untuk menghilangkan dahaga. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selepas itu, semua orang pulang ke rumah dengan gembira.

Event Information

Event Date 11-10-2025 7:30 am
Event End Date 11-10-2025 10:00 am
Capacity 186
Registered 0
Available Place 186
Youth 186
Children 186
Location SJKC UK DIH

We are no longer accepting registration for this event