
Program Hari Sukan Negara 2025 telah dijalankan dengan jayanya di SJK(C) Salak Bahru. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya kejohanan merentas desa, senamrobik, dan permainan sukaneka yang melibatkan semua warga sekolah. Sambutan daripada murid, guru serta ibu bapa amat menggalakkan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Program ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu memupuk minat bersukan, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti setempat. Semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, dan disiplin murid berada pada tahap memuaskan.
Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara 2025 di sekolah ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan dan memberi impak positif terhadap pembentukan sahsiah serta kesedaran kepentingan aktiviti fizikal dalam kalangan murid.