HSN menggalakkan gaya hidup sihat dan menjadikan sukan sebagai budaya masyarakat. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sukan, memupuk semangat perpaduan, memajukan industri sukan negara, serta memberi pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi.