
Melalui Sambutan Hari Sukan Negara, diharapkan dapat: i) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. ii) Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba. iii) Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan. iv) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru. v) Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.