
Pada 10 Oktober 2025, SJK(C) Chien Hua telah menganjurkan Program Hari Sukan Negara yang bermula pada jam 7:30 pagi. Program ini bertujuan menyemai semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik beramai-ramai dan acara merentas desa yang melibatkan murid, guru serta ibu bapa. Kehadiran dan sokongan ibu bapa turut menyerikan suasana program, menjadikannya satu platform untuk memperkukuh hubungan antara sekolah dan komuniti.