Hari Sukan Negara 2025 SK Sultan Abdullah

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah telah melaksanakan sambutan Hari Sukan Negara 2025 pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025, bermula seawal 7.30 pagi. Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh semua murid dari prasekolah hingga Tahun 6, bersama guru-guru bagi memupuk gaya hidup sihat.
Selesai senamrobik, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan bergerak ke stesen permainan tradisional yang disediakan seperti tarik upih, boling kelapa, ting ting, lompat getah, batu seremban, ceper dan pelbagai lagi. Setiap stesen memperuntukkan masa selama 15 minit untuk murid mencuba dan menikmati permainan tersebut.
Program ini berjalan dengan lancar dan meriah, sambil mencapai objektif utama Hari Sukan Negara iaitu menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
Event Information
|
Event Date |
10-10-2025 7:30 am |
|
Event End Date |
10-10-2025 11:00 am |
|
Cut Off Date |
10-10-2025 7:30 am |
|
Capacity |
357 |
|
Registered |
0 |
|
Available Place |
357 |
|
Veterans |
12 |
|
Youth |
3 |
|
Women |
26 |
|
Children |
316 |
|
Location |
SK Sultan Abdullah
|
We are no longer accepting registration for this event