
Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara pada hari Sabtu, 11 Oktober 2025. Program ini berlangsung di padang sekolah dan bermula seawal pukul 8.00 pagi. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti senamrobik, permainan bola sepak dan hoki. Sambutan ini disertai oleh semua murid, guru dan staf sokongan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mempererat hubungan antara warga sekolah. Sambutan Hari Sukan Negara ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat.