HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA Acara dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai keselamatan dan perjalanan aktiviti. Selepas itu, perasmian Sambutan Hari Sukan Negara dilakukan oleh Encik Mohd Syahrolrizal Bin Mohammad Arifin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Ho Seng Ong Methodist. Setelah itu, acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Guru Praktikum Cik Akmal, Cik Natasya dan Cik Nayli. Sementara murid-murid melakukan aktiviti senamrobik, guru-guru membuat persiapan aktiviti. Murid-murid melaksanakan aktiviti                       Rentas Ceria (Brisk Walk).   Pada jam 8.15 pagi murid telah dilepaskan secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid tahap 1. Lima belas minit selepas itu barulah murid tahap 2 pula dilepaskan. Aktiviti ini disertai oleh guru-guru.   Jarak laluan yang perlu ditamatkan oleh semua murid adalah sepanjang 2.4 kilometer dan kebanyakan laluan ini adalah di dalam kawasan taman perumahan sahaja.  Jadi bagi aspek keselamatan ia adalah amat terjamin dan tidak membahayakan murid.   Pihak sekolah juga turut memohon bantuan daripada pihak polis bagi menjaga laluan yang terdapat kenderaan ulang- alik dan berisiko tinggi. Jadi, kawasan itu perlu diberi perhatian serius dan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.   Semua murid telah menamatkan acara ini dengan baik sekali. Mereka berjaya menyelesaikan keseluruhan laluan dengan peserta terakhir yang sampai adalah pada jam 9.00 pagi. Setelah itu, murid-murid dibenarkan rehat selama 45 minit.   Setelah berehat selama 45 minit, murid-murid diminta untuk berkumpul di dewan terbuka bagi meneruskan acara penutup sambutan.   Keseluruhan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan warga SK Ho Seng Ong Methodist yang telah memberi kerjasama dan sokongan terhadap sambutan ini.

Event Information

Event Date 10-10-2025 7:30 am
Event End Date 10-10-2025 10:30 am
Cut Off Date 10-10-2025
Capacity 93
Registered 0
Available Place 93
Location SK HO SENG ONG METHODIST

We are no longer accepting registration for this event