PERTANDINGAN ROBOT SOCCER (SOCCERBOT) SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Pertandingan Robot Soccer (Soccerbot) Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2026 terbuka kepada 32 pasukan bagi merebut kejuaraan. Aktiviti ini mencabar peserta mengaplikasikan kemahiran teknikal dan penyelesaian masalah secara praktikal menerusi pembangunan robot yang mampu bergerak, mengesan bola, mengawal arah serta menjaringkan gol dengan tepat.